Sunday 23 December 2012

The Tree of Dreams and Hope

Teater Kanak-kanak ini merupakan satu pengalaman yang baru juga bagi kami. The Tree of Hopes mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan dan dipelihara oleh seorang wanita yang kaya dan sombong. Dia dibesarkan dengan penderaan, kesengsaraan, dan dia sering mengalami mimpi ngeri. Akibat daripada itu, dia melarikan diri ke dalam hutan. Di dalam hutan itu, dia terjumpa dengan sekumpulan haiwan-haiwan yang baik dan bermulalah perjalanan alam fantasinya.

Dengan kerjasama dari pihak USM, dan di bawah pengarahan Dr. Mumtaz Begum Aboo Becker, serta penyertaan dari anak-anak di bawah Rumah Perlindungan Kanak-kanak Harapan, teater ini telah berlangsung dengan jayanya selam dua hari yang berbeza, iaitu pada 23 November 2012 dan 25 November 2012.

Pada 23 November, persembahan diadakan di Panggung Pelenggang Cahaya, USM pada pukul 11 pagi. Sambutan pada hari tersebut agak menggalakkan oleh warga USM. Pada 25 November, persembahan diadakan di Upper Penang Road pada pukul 11 pagi. Persembahan pada hari ini disaksikan oleh pengunjung-pengunjung di sekitar kawasan tersebut.

Tujuan persembahan ini diadakan adalah mengutip dana dan sumbangan untuk disumbangkan ke dalam tabung rumah perlindungan kanak-kanak ini. Sumbangan ini sedikit-sebanyak dapat membantu perbelanjaan harian di rumah tersebut. Teater ini juga adalah sebagai terapi psikologi untuk kanak-kanak ini  dan meningkatkan keyakinan diri.

Alhamdulillah, lega bila dapat pentaskan teater macam ni. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Macam-maca ragam dengan diorang ni sebab masing-masing dari latar belakang keluarga yang berbeza. Mereka juga terdiri daripada kanak-kanak yang bermasalah dalam keluarga. So, tak hairanlah kalau masa rehearse tu ada saja yang nak merajuk, nak menyendiri, nak bergaduh... Aiyarrkk!! ( tepuk dahi )

Tapi apa pun memang enjoy dapat bekerja dengan budak-budak. Walaupun masa mula-mula praktis, diorang macam sombong dengan kami. Lepas tu, dah lama sikit, barulah diorang ni menunjukkan respon yang positif. Diorang mula ceria, ramah berbual, rela bekerja sama... Aiwahh!! hehehe..



No comments:

Post a Comment