Monday 24 December 2012

Mahabarata- Revisited

Kali ni kami semua menyertai produksi yang melibatkan projek kelas a.k.a penilaian markah kami dalam exam final semester ni nanti. Kelas Asas Seni Tari Tradisional dan Kontemporari (VLP 116E) ini di bawah seliaan tenaga pengajar Dr. Mumtaz Begum yang arif tentang tarian tradisional dan kontemporari. Subjek ini bukan saja diambil oleh pelajar Teater, tapi ada geng Masscom, Management,Sains Fizik even ada jugak pelajar foreigner.

Persembahan ini diadakan di Panggung Sasaran, USM pada 18 Disember 2012, jam 8.30 malam.



Siapa yang tak tau pasal Mahabarata, epik Sanskrit yang teragung dan menjadi asas penceritaan kepada hampir kesemua bentuk seni persembahan tradisional di Asia. Mahabarata mengisahkan tentang peperangan antara saudara sebab perebutan takhta yang berlaku. Peperangan ni berlaku di antara saudara Pandawa dengan sepupu mereka, Kaurawa. Semuanya bermula apabila Kaurawas menjemput Yudishitara, salah seorang saudara Pandawa ke istana mereka untuk berjudi, namun Kaurawa telah bermain dengan tidak jujur lalu Pandawa telah kehilangan kesemuanya termasuk ibu dan isteri mereka, Draupadhi. Draupadi hampir dirogol oleh saudara Kaurawa namun telah diselamatkan oleh Dewa Krishna dan saudara Pandawa diusir dari Hastinapura. Sekembalinya Pandawa, mereka mengisytiharkan peperangan.Tanpa mengetahui bahawa salah seorang Kaurawa iaitu Karna ialah saudara kandung, dia dibunuh Arjuna. Karna yang pernah dihanyutkan oleh ibunya, Kuthi Dewi a.k.a ibu Pandawa telah terbunuh dan menimbulkan penyesalan kepada Kuthi Dewi. Kesemua saudara berasa kesal namun perkara tersebut tidak lagi boleh diperbaiki kerana semuanya telah berlaku.

Yang menarik dalam persembahan ini ialah kami hanya menari dan menggerakkan badan tanpa dialog untuk menceritakan tentang epik ini. Memang satu persembahan yang jarang dilihat sekarang ni. Tapi apa-apa pun kami rasa puas setelah mempersembahkan sebuah persembahan yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan.


CREDIT TO: Dr. Mumtaz, Azri, David, Fatin, Shabi, Apek, Shah, Fudz, Aishah, Jah, Nato, Mazlan, Han, Abu, Lisa, Fisha, Usha, Chin, Mei Chi, Ain, Zarra, Aznira, Ijah, Myn, Sarah, Hanizah, Najwa, Shania.



P/s: Yang penting lec dah bagi hint apa yang nak masuk dalam exam nanti.. hehehe...


Surya Namaskar 


Circle dance's pose

Nakula mengawal kerusi



The Chair - Arjuna memegang kerusi


The deceitful game between Pandawa and Kaurawa


Barisan tenaga produksi dan pensyarah

Sunday 23 December 2012

Sirna

Ini adalah pengalaman pertama kami melibatkan diri dalam produksi dari USM. Kami agak teruja untuk menerima amanat daripada penulis skrip "Sirna" iaitu Abang Azhar Jalil, atau AJ untuk mementaskan karyanya. Sebenarnya AJ telah menyertai Sayembara Menulis Skrip Drama Pendek 2012 yang telah dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan telah berjaya memenangi hadiah saguhati. Pada 1-2 November telah dianjurkan Festival Teater Pendek 2012 dan skrip yang berjaya memenangi tempat perlu dipentaskan. Pendek kata, dari kertas ke pentas. Oleh itu, kami telah dipilih untuk menjadi pelakon dan kru produksi tersebut.

Kami bertolak dari USM ke Kuala Lumpur seitar pukul 4 petang pada 25 Oktober 2012. Kami tiba di Wisma Belia dan bermalam di sana. Keesokan harinya, memang kami kena 'latu gila-gila' untuk rehearsal dan praktis

Sebanyak 8 buah teater yang dipertandingkan sepanjang 2 hari tersebut:

  • Neo-Romantik (Aloy Paradoks)
  • Injak (Azrul Azizi)
  • Antara Bunyi Gendang Ibu dengan Tari Nihon Buyo (Seni Bayan)
  • Lu dalam Gua (Moh Azam Rezali)
  • Cerai (Khairul Amin Mirsa Hussain)
  • Nota Kaki Sang Pendosa (Siti FAtimah Abdul Manaf)
  • Maharaja Maksiat (Shahril Ya'acob)
  • Sirna (Khairol Azhar Abdul Jalil)
Antara pemenang-pemenang dalam Festival Teater Pendek tersebut:

  • Pelakon Lelaki Terbaik - Aloy Paradoks
  • Pelakon Wanita Terbaik - Milyana Hj Arshad
  • Persembahan Terbaik - Cerai
  • Pengarah Terbaik - Seni Bayan
  • Pemenang Tempat Pertama (skrip) - Neo-Romantik
  • Pemenang Tempat Kedua (skrip) - Injak
  • Pemenang Tempat Ketiga (skrip) - Antara Bunyi Gendang Ibu dan Tarian Nihon Buyo
  • Hadiah saguhati- Lu dalam Gua, Cerai, Nota Kaki Sang Pendosa, Maharaja Maksiat, Sirna,
Sebagai permulaan, kami memanglah tak begitu berpengalaman. Tapi pengalaman ini menbangkitkan semangat dan kesungguhan kami untuk terus memperbaiki mutu persembahan kami. Gambateh!!!

Pelakon utama (watak Jimmy) berdandan sakan. :)

Heroin (watak Tasya)

Ketika rehearsal dijalankan

Tahniah kepada pemenang dari USM!!!






The Tree of Dreams and Hope

Teater Kanak-kanak ini merupakan satu pengalaman yang baru juga bagi kami. The Tree of Hopes mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan dan dipelihara oleh seorang wanita yang kaya dan sombong. Dia dibesarkan dengan penderaan, kesengsaraan, dan dia sering mengalami mimpi ngeri. Akibat daripada itu, dia melarikan diri ke dalam hutan. Di dalam hutan itu, dia terjumpa dengan sekumpulan haiwan-haiwan yang baik dan bermulalah perjalanan alam fantasinya.

Dengan kerjasama dari pihak USM, dan di bawah pengarahan Dr. Mumtaz Begum Aboo Becker, serta penyertaan dari anak-anak di bawah Rumah Perlindungan Kanak-kanak Harapan, teater ini telah berlangsung dengan jayanya selam dua hari yang berbeza, iaitu pada 23 November 2012 dan 25 November 2012.

Pada 23 November, persembahan diadakan di Panggung Pelenggang Cahaya, USM pada pukul 11 pagi. Sambutan pada hari tersebut agak menggalakkan oleh warga USM. Pada 25 November, persembahan diadakan di Upper Penang Road pada pukul 11 pagi. Persembahan pada hari ini disaksikan oleh pengunjung-pengunjung di sekitar kawasan tersebut.

Tujuan persembahan ini diadakan adalah mengutip dana dan sumbangan untuk disumbangkan ke dalam tabung rumah perlindungan kanak-kanak ini. Sumbangan ini sedikit-sebanyak dapat membantu perbelanjaan harian di rumah tersebut. Teater ini juga adalah sebagai terapi psikologi untuk kanak-kanak ini  dan meningkatkan keyakinan diri.

Alhamdulillah, lega bila dapat pentaskan teater macam ni. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Macam-maca ragam dengan diorang ni sebab masing-masing dari latar belakang keluarga yang berbeza. Mereka juga terdiri daripada kanak-kanak yang bermasalah dalam keluarga. So, tak hairanlah kalau masa rehearse tu ada saja yang nak merajuk, nak menyendiri, nak bergaduh... Aiyarrkk!! ( tepuk dahi )

Tapi apa pun memang enjoy dapat bekerja dengan budak-budak. Walaupun masa mula-mula praktis, diorang macam sombong dengan kami. Lepas tu, dah lama sikit, barulah diorang ni menunjukkan respon yang positif. Diorang mula ceria, ramah berbual, rela bekerja sama... Aiwahh!! hehehe..