Tuesday, 27 November 2012

Interlude

Blog ini mengisahkan tentang perjalanan hidup pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia major dalam bidang Seni Halus ( Lakonan & Pengarahan) sidang 12/13 yang  suka dan duka, pahit dan manis, gelap dan cerah, terbit dan sirna.

Sebagai aktivis seni yang seramai 11 orang dalam bereksperimen dan menterjemahkan nilai dari kertas ke pentas, perjalanan ini harus diharungi dengan tabah serta penuh tawadhu' agar matlamat untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat madani kini dapat diterima, menjadi terapi jiwa dan dihayati sepenuhnya.

Perjalanan ini mesti diteruskan sebagai persiapan menempuh dunia realiti kehidupan manusia yang sebenar. Cacian, celaan, tohmahan dan kecelakaan akan ditepis. Kaki mula mengorak langkah diri membawa kepada dunia realiti, bukan delusi. Pantang menyerah sebelum berjuang!